W3C

     

Bagi mendapatkan kelulusan khas membayar penyewaan ruang pejabat tanpa kontrak perjanjian, jabatan/agensi hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah selaku urusetia Jawatankuasa Ruang Pejabat. Setelah mendapat kelulusan tersebut, jabatan/agensi boleh kemukakan permohonan kelulusan khas untuk membayar penyewaan ruang pejabat tanpa kontrak perjanjian kepada pejabat ini dengan menyertakan surat kelulusan daripada Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah.