W3C

     

Sekiranya item yang ingin diperolehi tiada dalam senarai item di Pekeliling Kontrak Pusat PMS, adakah Jabatan/Agensi boleh melaksanakan perolehan dengan syarikat selain dari syarikat Kontrak Pusat?

Jabatan/Agensi Persekutuan tertakluk kepada klausa 11 dalam Pekeliling Kontrak PMS di mana Jabatan/Agensi perlu mendapatkan tawaran harga daripada kesemua syarikat Kontrak Pusat. Sekiranya item tersebut tidak terdapat dalam senarai item di Pekeliling dan kesemua syarikat Kontrak Pusat tidak dapat membekalkan item tersebut, Jabatan/Agensi Persekutuan perlu memohon pengecualian perolehan di luar Kontrak Pusat daripada PMS.