SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015 PMSABAH


DASAR KUALITI MS ISO 9001:2015
PERBENDAHARAAN MALAYSIA SABAH


Perbendaharaan Malaysia Sabah beriltizam untuk menguruskan Kewangan Negara dengan cekap, telus, berkesan dan berkualiti bagi memenuhi kehendak stakeholders dan pelanggan selaras dengan Sistem Pengurusan Kualiti yang diwujudkan.

Perbendaharaan Malaysia Sabah juga komited untuk membuat penambahbaikan yang berterusan ke atas Sistem Pengurusan Kualiti dan menilai semula objektif kualiti yang ditetapkan bagi memastikan ianya sentiasa sesuai mengikut kehendak pelanggan.”

1) Keputusan permohonan Pendaftaran Kontraktor (bidang biasa) dikeluarkan dalam 14 hari bekerja ( permohonan lengkap )
2) Keputusan permohonan Pendaftaran Kontraktor (Bidang Khas dan Bumiputera ) dikeluarkan dalam 30 hari bekerja ( permohonan lengkap )
3) Mengurus dan menyiapkan pelawaan tender Kontrak Pusat dalam tempoh 5 bulan sebelum Kontrak Pusat tamat
4) Mengurus dan menyiapkan Kertas Taklimat Kontrak Pusat dalam tempoh 21 hari bekerja selepas penerimaan Laporan Jawatankuasa Teknikal dan Harga.
5) Mengeluarkan surat niat/setujuterima tawaran dalam tempoh 14 hari bekerja selepas memo keputusan Mesyuarat Lembaga Perolehan Persekutuan Sabah (LPPS) diterima.
6) Menerima dan mengakaunkan Terimaan Hasil pada hari bekerja berikutnya selewat-lewatnya jam 4.00 petang.
7) Memastikan aduan pelanggan mengenai Sistem Pengurusan Kualiti tidak melebihi 3 kes yang sama dalam tempoh setahun.
8) Memproses permohonan kenderaan dalam tempoh 3 hari bekerja
9) Menyediakan Jadual Harga Pembukaan Tender dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh tutup tender
10) Mengeluarkan Surat keputusan Tender dalam tempoh 2 hari bekerja kepada jabatan pelaksana
11) Memastikan jumlah ketidakpatuhan dalam audit dalaman tidak melebihi 6 dalam setahun.
 

 

PENGIKTIRAFAN DAN PENSIJILAN

Tarikh Kemaskini: 01-07-2021

@ 2021 Perbendaharaan Malaysia Sabah. Semua Hakcipta Terpelihara

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas

 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Peta Laman

Hubungi Kami

Perbendaharaan Malaysia Sabah,
Kementerian Kewangan Malaysia,
Tingkat 2, Rumah Persekutuan,
Jalan Mat Salleh,
88592, Kota Kinabalu, Sabah.

 088-243993 / 088-243142 / 088-212363
 088-240020 / 088-201016
 pmsbh@treasury.gov.my

 

 

 

 

Search