W3C

     

Untuk membaca fail kepilan, memerlukan perisian Acrobat Reader. Sila Download Acrobat Reader bagi yang tidak mempunyai perisian berkenaan. Please Download Acrobat Reader to read files.
Up

Tatacara Permohonan AP58

Surat Edaran Perbendaharaan Malaysia Sabah Bil 2/2008
Surat Edaran Perbendaharaan Malaysia Sabah Bil 2/2008
Senarai Semak AP58 (Format A)
Tatacara Permohonan AP58

Panduan Semasa Mengemukakan Permohonan A.P. 58(a):

Semua jabatan yang perlu membuat pembayaran dibawah A.P. 58(a) hendaklah memastikan langkah berikut dipatuhi semasa mengemukakan permohonan ke Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS):

1. Melengkapkan Sijil A.P. 58(a) seperti format A yang dilampirkan.

2. Mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dengan memberi sebab-sebab kelewatan antara lainnya adalah kerana jabatan lewat menerima pengesahan jawatan, keputusan kenaikan gaji, tanggung kerja, pemangkuan dan kenaikan elaun. Surat-surat berkaitan hendaklah  disertakan semasa permohonan dikemukakan ke PMS.Dokumen-dokumen sokongan tersebut perlulah yang berkaitan dan munasabah dengan alasan kelewatan mengemukakan pembayaran.

3. Satu salinan baucer hendaklah disertakan semasa mengemukakan permohonan.Jangan kemukakan baucer asal kecuali apabila diminta berbuat demikian.

4. Jika permohonan melibatkan beberapa kes, jabatan hendaklah mengemukakan Sijil A.P. 58(a) yang berasingan bagi setiap kes

5. Semua jabatan hendaklah memastikan peruntukan dibawah tahun dipertanggungjawabkan ada dan mencukupi bagi tujuan pembayaran AP 58(a). Sekiranya tiada peruntukan/tidak mencukupi jabatan dikehendaki memastikan peruntukan di peringkat Ibu Pejabat ada dan mencukupi.

6. Jabatan juga hendaklah memastikan bahawa peruntukan tahun semasa bagi SODO (Objek Sebagai/Lanjut) yang berkenaan ada dan mencukupi bagi tujuan pembayaran.